Assalamualaikum..
Pembaca yang dikasihi dan dirahmati Allah sekalian...
Saya nak berkongsi kisah saya tentang ' impared hearing/reduced or defective hearing' ni. Tak teruk pun ..but the experience was so valuable for me...
Keluarga saya ni,any one of them might have ENT problem sikit. Ear, Nose and Throat..
Ear (Telinga) - Ada adik beradik yang ada masalah telinga. Contohnya salah seorang adik saya kena choleastetoma (berbelit lidah menyebutnya,fuuh..)-operation done.. dan saya sendiri ada sedikit hearing problem..heh..
Nose (hidung) - 4 ahli keluarga ada masalah berkaitan hidung . Sama ada resdung (sinusitis) atau allergic rhinitis. Atau kedua-duanya. Dalam keluarga memang ada sejarah asma. Jadi dia saling kait berkait...
Throat (Tekak) ? InsyaAllah takde..ehheh
Ganti dengan Eyes (Mata) - 5-6 ahli keluarga spectacle-dependent..Sebenarnya 5 , tapi sekarang ada adik saya dah mula pakai spect mata secara konsisten.
.......................
Alright, sekarang berbalik kepada kisah utamanya..
-Masalah pendengaran-
Saya ada masalah pendengaran sedikit sejak kecil. Rasanya bermula daripada earwax..hohho..Setiap kali ayah saya nak bersihkan telinga anak-anaknya guna metal curette tu..ehh Saya lari, ngeri sungguh..imagine putting metal instrument into your ear. Masa saya nak cek telinga adik lelaki saya guna otoscope pon menggelepar dah dia..haha..kegelian katanya..
Bila masuk asrama tingkatan satu, adalah beberapa kali pergi klinik. Tapi ada sekali tu, saya kena pergi hospital ke klinik berhantu kat KL..sebab ear problem ni. Saya panggil berhantu sebab bangunan lama, macam terbiar jugakla. Memang kalau malam-malam seram sejuk ni. Doktor bagi ubat titik di telinga. Telinga bermasalah adalah telinga kanan. Jadi pendengaran telinga kanan saya kureng sedikit bebanding telinga kiri..
Feeling telinga tersumbat (block ear) /ear problem ni on and off. Tapi tak menjejaskan ape pun...Cuma satu jela masa pre-u..listening exam--IELTS kureng sikit bahagian tu, sebab tak alert ke kurang dengar ke entah..ahhaha...Sama macam adik saya tu, lacking at listening part in MUET..
Ada satu ketika saya buat pre-university course , selama setahun setengah.. Sepanjang tempoh tu saya kerap jugak berkunjung ke pelbagai klinik swasta untuk mendapatkan rawatan telinga ni. Satu kelas taula saya ni asyik gi klinik telinga jer. Sebab kadang2 menumpang kereta kawan uhhu.. Ada sekali tu saya ada impacted earwax, jadi kena buat irrigation, Dia masuk air dan flush keluar ear wax tu..Ada kalanya hanya guna ubat titis.
Suatu hari, kelas saya buat lawatan ke Genting Highland. Kenangan yang takkan saya lupa. Kami kumpul duit untuk ke Genting dengan buat jualan nugget and other food stuffs di sekitar apartment, dan jualan bilik ke bilik..di samping kumpul duit setiap ahli kelas.
Tiba saat ke Genting, seronoklahkan.Tu kali kedua ke Genting. Kali pertama masa umur 8 tahun gitu. Yang paling seronok saya rasa, di Snow World. Sebab boleh baling-baling salji (buatan) heh..takde salji yang turunla..Ade ais..Bila kitaorang bercakap pun keluar asap..haha..'Kita kata keluar asap'...Seronoknya baling-baling snowball. Dah syok sangat main baling snowball, dengan tak sengaja ada dua incident balingan yang tak mampu saya lupa..
1- Seorang kawan lelaki baling ais dan terkena tepat di telinga kanan saya
2- Seorang kawan saya lelaki cedera sebab ketulan ais terkena tepat ke dahi dia, maka luka berdarah dan kena...
Kawan saya yang lelaki tu kena bawa ke klinik dan berjahitlah banyak sikit dahi dia..uhhu. Mujurlah tak serius mana. Dan saya pula ditemani oleh kawan-kawan perempuan ke klinik malamtu jugak.
Sebabnya telinga saya masa tu macam terima tamparan hebat..ahhaha..Dahla tak berapa sihat..Telinga saya rasa tersumbat (block ear) dan berdengung (ringing in ear). Saya tak dapat dengar orang cakap dan saya cakap pun tak best.Entahla tak tahu macam mana nak explain..Tapi rasa macam pekak sebelah kanan sikit. Di klinik, mujurla ada doktor kan, agaknya klinik 24 jam la ni..Lepas cek dia bagi ubat titis,, adelah cajnya sekitar RM30.00..wah..memang super duper mahal yer di Genting.. Memangla, memang saya tak nafikan , sebab lokasi di tanah tinggi jadi,..expected kan! Don't deny it!! ahha..
Selepas kejadian tu, bila dah kembali ke tempat belajar, saya pergi ke klinik lagi bila rasa telinga kanan tak berapa nak sembuh. 2-3 klinik juga saya lawat. Satu klinik yang saya biasa pergi akhirnya buat referral ke Hospital Putrajaya. Jadi saya pergi ke Hospital Putrajaya 2 kali, kalau tak silapla. Almaklumla kotak ingatan saya ni.. hehh...
Kali pertama masa nak ambil tarikh appointment. Nak tunggu appointment tu berapa lama? Sebulan.. Ohho lamanya...Tapi saya fahamlah sekarang kenapa lama. Dulu saya tak faham, dan saya fikir aihh habisla telinga aku..-D
Kali kedua datang, ditemani pensyarah matematik saya masatu. Masuk-masuk, kena buat satu buku kecik untuk kali pertama datangni, dah kena caj RM30.00...okay..hoho..Masa tu saya nampak Dr. Masyitah....teruja sekejap..cehh..lari topik pulak...
Bila giliran saya sampai,saya seronok dan nervous pun ada untuk jumpa doktor-doktor pakar ni. Muda-muda belaka. Adalah dalam 2-3 orang dalam tu. Siap ada mesin whatever..mesin?..eh scope yang besar untuk lihat ke dalam telinga saya..Kat scope tu ada camera untuk siarkan imej di skrin.
Mula-mula doktor suruh cerita apa yang jadi...Saya pun ceritalah kisah seronok saya yang berakhir dengan minor tragedi..ehhe.." Saya baling-baling snowball di Snow World lepas tu snowball tu terbaling tepat kat telinga kanan... Lepas tu saya rasa tak dengar, berdengung je telinga...Saya gi klinik, Diberi ubat titik...bla bla..." Doktor-doktor tu sengih/gelak pulak.. yelah kelakar kot..eh??
Kemudian doktor periksa guna scope tu, dan akhirnya doktor cakap, " Takde pape ni,dah okay ". ---hehhe...Saya pun tersengihje..sebab...saya sendiri rasa telinga saya dah sembuh.Saya pun admit kat doktor, "Haah doktor, saya rasa telinga saya dah okay. Dalam tempoh sebulan ni...".Sembuh sendiri jugak ehh...
Saya memang rasa telinga dah okay tapi kenalah pergi jugak appointment kan.. At least untuk pengesahan pakar. Of course, I'm relieved.. tiada ubat-ubatan perlu dan discaj dah, tak perlu follow up ape ape...
Sebenarnya kisah ni sangat penting buat saya sebab meskipun sumbangannya kecil tapi menyumbang kepada sesuatu,,the next level of my life...Saya bersyukur...Al-Hamdulillah bila diingat semua semua ujian ada hikmahnya..Syukur pada Allah yang menyembuhkan..Cuma kadang-kadang ujian, kesembuhan tu mengambil masa. Kita pula mencari hikmah. Hikmah itu pula kadangnya terselit dan kadangkala ditemui di kemudian hari...
TQ for patient in reading!! -D
Sekian, Wassalam..
Nak baca bagaimana kisah ni membantu saya? Jom baca di sini.--->>
Exam Question: How To Remove Ear Wax
-healthlover-
0 comments:
Post a Comment